Salam Ramadhan!


"Semua orang berhak berkongsikan kebaikan sekalipun baru merangkak membaiki diri. Usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata-kata nasihat atau artikel-artikel yang berfaedah, post sahaja, malaikat akan mencatat pahala anda." - Ustaz Azhar Idrus






Formula Mencari Malam Lailatul Qadar

Pesanan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir ( hari ganjil ) bulan ramadhan

Petua oleh imam ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam lailatul qadar



Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

1. Ahad atau Rabu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan.
2. Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan.
3. Selasa atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan.
4. Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan.
5. Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan.

        NOTA : Bagi tahun 2012 (Ramadhan 1433H) awal ramadhan jatuh pada hari Sabtu bermakna malam lailatul qadar ialah pada 23 Ramadhan (12 Ogos 2012)

        Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .

        Klik imej untuk memperbesarkannya.
        Walau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !!!

        Tanda malam qadar ialah :

        1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
        2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
        3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

        Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan. Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

        Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa

        Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:

        1. Allah mengulang-ulangkan perkataan لَيْلَةُ القَدْرِ ( ) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.
        2. Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

        Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,

        فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ

        Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

        Rujukan

        Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab Lailatul Qadr hlmn 201.

        Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 786.

        Rasulullah pernah mengkhabarkan kita dalam beberapa sabda beliau tentang tanda-tanda malam Lailatul Qadar, iaitu :

        1. Udara dan suasana pagi yang tenang
        Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadis Hasan)

        2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak bersinar kuat keesokannya

        Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)

        3. Terkadang terbawa dalam mimpi

        Seperti yang terkadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

        4. Bulan nampak separuh bulatan


        Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bersabda: " Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata, “Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)

        5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan) Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad Hasan)

        6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

        Wallahualam

        Dipetik dari beberapa laman mufti dan laman-laman Islam yang lain.

        #Semua info dalam website ini boleh dikongsikan tanpa meminta kebenaran, Mudah-mudahan ilmu Allah ini sentiasa berada di hati kita.

        Labels:



        Leave A Comment:

        Dibangunkan untuk perkongsian © Agama Islam | Indah, Mudah dan Benar. Hakcipta Dipelihara 2012 -2013
        "Selagi Kita Memberi, Kita Pasti Menerima"