Salam Ramadhan!


"Semua orang berhak berkongsikan kebaikan sekalipun baru merangkak membaiki diri. Usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata-kata nasihat atau artikel-artikel yang berfaedah, post sahaja, malaikat akan mencatat pahala anda." - Ustaz Azhar Idrus


Saya dan Islam

Nama saya Mohd. Jasni bin Ahmad Shukri yang berasal dari daerah Pitas, Sabah. Saya telah memeluk Islam pada tahun 1982 bersama bapa, ibu dan adik perempuan saya. Bapa saya telah mendapat hidayah dari Allah SWT dan membawa kami sekeluarga memeluk Islam di rumah seorang imam di Kg. Salimpodon Laut, Pitas walaupun mendapat tentangan dari kebanyakan ahli keluarga khususnya dari sebelah ibu saya. Nama sebelum Islam saya ialah Jasni bin Monon.

Pada ketika itu umur saya 8 tahun (darjah dua) bersekolah di SK. Pinggan-Pinggan, Pitas.

Pada asalnya kami tiada agama (pagan) tetapi dikelilingi oleh orang-orang Kristian kerana kebanyakan keluarga kami khususnya sebelah ibu saya adalah Kristian. Abang ibu saya (pakcik saya lah tu) adalah orang kuat gereja yang digelar 'pendita'.

Gereja adalah tempat kebiasaan saya malah pembesaran saya sangat dipengaruhi oleh gereja walaupun ibubapa saya bukan Kristian. Menghadirkan diri ke gereja setiap hari Ahad adalah antara kegiatan saya pada masa itu. Penduduk kampung saya adalah penganut Kristian (PCS) atau yang saya faham nama penuhnya ialah Protestant Church of Sabah dan saya ada juga saya terdengar dikalangan rakan-rakan (kanak-kanak) Kristian saya mengajuk singkatan PCS ini sebagai Percaya Cakap Syaitan. Dalam hal ini, saya no komen lah!.

Dalam tempoh sebelum Islam terdapat beberapa perkara yang menjadi kesukaan saya apabila berada di gereja iaitu bilaman sampai segmen menyanyi yang memuji Tuhan yang tidak lain ialah Tuhan Yesus. Setakat sepengetahuan saya selama mana itu bahawa aktiviti agama mereka dalam seminggu hanya setakat di gereja pada hari Ahad dan 6 hari yang lain mereka akan buat kerja seperti biasa kecuali ahli-ahli gereja sahaja yang kadang-kadang mengunjungi rumah-rumah di persekitaran untuk berdakwah. Ini menyebabkan remaja-remaja lelaki dan wanita bebas dan tiada arahan agama yang perlu dibuat untuk mengekang kebebasan ini. Peluang kebebasan ini dipergunakan sepenuhnya aktiviti seperti minum arak dan berfoya-foya dengan pasangan walaupun ada dijelaskan dalam kitab mereka bahawa perkara-perkara itu dilarang.

[bersambung...]

Dibangunkan untuk perkongsian © Agama Islam | Indah, Mudah dan Benar. Hakcipta Dipelihara 2012 -2013
"Selagi Kita Memberi, Kita Pasti Menerima"